K.RAJAGOBAL DAN MENDIANG R.ARUMUGAM TERIMA GELARAN DATUK

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K.Rajagobal dan legenda bola sepak negara, mendiang R.Arumugam dianugerahkan Panglima Jasa Negara (P.J.N) yang membawa gelaran 'Datuk' sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong tahun ini.

Mereka adalah antara 67 penerima PJN pada istiadat pengurniaan itu yang disempurnakan Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri, Istana Negara, Sabtu.

Rajagobal melakar sejarah negara apabila skuad bola sepak kebangsaan yang dibimbingnya menjulang Piala AFF Suzuki buat julung kalinya selepas 14 tahun dan merupakan hadiah terbaik buat rakyat Malaysia pada tahun lepas.

Mendiang Arumugam pula merupakan bekas penjaga gol terbaik negara dan seorang daripada pemain kebangsaan yang layak ke Sukan Olimpik pada 1980.

Beliau meninggal dunia pada 1988 akibat satu kemalangan jalan raya.

Seri Paduka juga berkenan menganugerahkan pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N) kepada bekas atlet olahraga negara M.Ramachandaran dan pengadil bola sepak antarabangsa Subkhiddin Mohd Salleh atas kejayaan mereka dalam arena sukan antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan