Jangan Kembalikan Zaman Suram Bola Sepak Kerana Rasuah - Razali

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Sukan bola sepak negara yang kini semakin gemilang tidak harus disuramkan dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan sukan itu seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata kementeriannya akan menggunakan segala saluran yang ada termasuk tindakan undang-undang bagi menyekat gejala itu daripada terus merosakkan sukan bola sepak negara.

"Sukan bola sepak kita dahulu pernah jatuh gara-gara rasuah, yang bukan sahaja menjejaskan nama negara tetapi juga merosakkan industri sukan itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Mas di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu rasuah yang membabitkan seorang pegawai bola sepak skuad Piala Presiden Negeri Sembilan yang ditahan reman bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan mengatur perlawanan.

"Jadikanlah contoh mereka yang berjaya seperti Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei dan yang lain atas kejayaan mereka di puncak dunia dengan bebas daripada unsur dadah dan rasuah ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan