Pemilik West Ham Tolak Tawaran Tony Fernandes

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMILIK KELAB bolasepak West Ham telah menolak permohonan daripada Datuk Seri Tony Fernandes untuk membeli kelab tersebut.

Fernandes, yang merupakan pemilik syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia dan Formula 1, Team Lotus telah mengumumkan semalam menerusi laman sosial Twitter bahawa beliau telahpun mengemukakan permohonan untuk membeli kelab bolasepak dari London itu.

Adalah difahamkan bahawa Fernandes telah mengemukakan permohonan untuk membeli 35 peratus baki saham kelab itu yang dipegang oleh CB Holding, sejak tahun 2009.

Malangnya, David Sullivan dan David Gold yang merupakan pemegang saham terbesar West Ham iaitu sekitar 61 peratus telah menolak permohonan Fernandes itu.

Mereka berdua mempunyai hak untuk memberikan kata putus sama ada menerima atau menolak sebarang permintaan untuk membeli saham CB Holding kerana di bawah perjanjian yang termeterai dahulu, kedua-duanya memiliki opsyen pertama ke atas saham CB Holding seandainya terdapat usaha untuk melupuskannya.

“Kami telah menerima permintaan daripada Tony Fernandes berhubung tawaran untuk membeli saham CB Holding tetapi malangnya, jumlah tawaran itu di bawah pertimbangan kami,” kata Sullivan dalam satu kenyataan, Khamis.

Kedua-dua Sullivan dan Gold mengambil alih kelab tersebut pada Januari 2010.

West Ham United baru sahaja tersingkir dari Liga Perdana Inggeris dan terpaksa bermain di liga satu yang bermakna mereka akan kehilangan pendapatan sekitar £50 juta semusim.

Sullivan dan Gold dikatakan hanya bersedia menimbang sebarang tawaran dalam lingkungan £40 juta untuk 35 peratus saham dalam CB Holding.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan