Perlis Dapatkan Khidmat Janos Krescka Sebagai Jurulatih

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Bekas jurulatih KL Plus, Janos Krescka dari Hungray, dilantik sebagai jurulatih baru pasukan Perlis bagi menggantikan jurulatih sementara skuad Singa Utara itu, Mohd Salim Tofel Mohamad.

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pelantikan Krescka berkuatkuasa semalam dan jurulatih itu dipilih berdasarkan pengalamannya mengendalikan pasukan KL Plus pada tahun lepas.

Beliau berkata jurulatih itu juga telah melihat prestasi skuad Singa Utara yang dibarisi pemain muda semasa beraksi menentang Pahang di Stadium Utama Kangar Selasa lepas.

Pada perlawanan itu Perlis tewas 1-2.

Shahidan berkata Krescka berkeyakinan bahawa Perlis masih mempunyai ruang untuk bangkit semula pada baki 11 perlawanan walaupun pasukan itu kini berada di tangga tercorot.

Krescka telah menandatangani kontrak selama setahun untuk bersama skuad Singa Utara di sini semalam dan jika prestasi memberansangkan, kontrak akan disambung lagi selepas itu, katanya di sini, Jumaat.

Mengulas mengenai pengambilan pemain import, Shahidan berkata Perlis bercadang menggabungkan pemain berpengalaman dengan pemain import yang telah disenaraikan untuk ke Piala Presiden.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan