Jurulatih T-Team Direhatkan Sementara Waktu

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Ketiadaan kelibat ketua jurulatih T-Team ketika pasukan itu menentang Kedah semalam terjawab setelah penolong jurulatih pasukan itu, Shafie Pak mengesahkan Yunus Alif direhatkan sementara waktu.

Menurutnya langkah merehatkan Yunus mungkin bertujuan meredakan keadaan berikutan tuntutan segelintir penyokong yang mahu ketua jurulatih itu dipecat manakala pengurusan dirombak berikutan prestasi hambar pasukan.

Shafie Pak berkata dia difahamkan Yunus kini bercuti selama seminggu.

Yunus menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih T-Team selama satu musim dan kontraknya bersama pasukan itu masih berbaki tujuh bulan lagi.

Katanya biarpun beraksi tanpa kehadiran ketua jurulatih, moral para pemain amat tinggi dan mereka memberikan komitmen penuh pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Selasa.

Pasukan yang berstatus kelab dari Pantai Timur itu menewaskan Kedah 3-1 pada perlawanan bola sepak Liga Super malam Selasa.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan