PKNS Semakin Selesa Di Persada Liga Perdana

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PKNS Selangor terus mengukuhkan kedudukan di takhta Liga Perdana apabila menumpaskan Sime Darby 1-0 pada saingan liga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), malam tadi.

Mohd Norhisham Hassan berjaya membantu PKNS Selangor mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-83 bagi mengutip tiga mata penuh.

Kemenangan tipis itu meletakkan PKNS Selangor semakin selesa di kemuncak liga dengan 33 mata, meninggalkan pencabar terdekat Sarawak dengan tujuh mata, selepas 13 perlawanan.

Di Stadium Negeri, Kuching, pasukan Sarawak berjaya membenam pasukan tercorot, Pulau Pinang, 5-0, sekaligus memperkemaskan kedudukan di tangga kedua persada liga dengan 26 mata.

Sarawak mendahului 2-0 pada separuh masa. Zamri Morshidi menjaringkan dua gol Sarawak pada minit ke-17 dan 71 manakala gol lain pula dihasilkan menerusi Ashri Chu Chu (min-29), Bobby Gonzales (min-70) dan Mohd Hairol Moktar (min-76).

Di Stadium Baru Kawan, Pulau Pinang, pasukan Harimau Muda B berpesta gol apabila mengalahkan SDM Navy 6-0.

Gol Harimau Muda B disumbangkan oleh Muhammad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-19, Muhamad Farizzuan Azhar (min-34-penalti), Muhammad Akram Mahinan (min-50), Mohd Syuhiran Zainal (min-56), D.Saarvindran (min-71) dan Muhamad Naim Zakaria pada minit ke-78.

Di Stadium JCrop, Pasir Gudang, pasukan MP Muar menang tipis 3-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Johor menewaskan Pos Malaysia 2-1 untuk menduduki tangga ketiga liga dengan 25 mata. Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan USM FC menewaskan Polis (PDRM) 2-0.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan