Dr Jegathesan Belum Putuskan Pendiriannya

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Dr M.Jegathesan masih belum memutuskan sama ada untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2005, pada mesyuarat agung tahunan majlis itu 18 Jun ini.

Dr Jegathesan, 67, berkata beberapa faktor perlu dipertimbangkannya sebelum membuat keputusan dan ini termasuk senarai calon yang bersaing untuk jawatan itu.

"Masih terlalu awal untuk membuat keputusan memandangkan pemilihan hanya pada Jun sementara kertas pencalonan hanya akan dikeluarkan bulan depan," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Pada pemilihan lepas bagi memilih pemegang jawatan (2009-2011), Dr Jegathesan dicabar Datuk Seri Dr Ibrahim Saad dan dapat mengekalkan jawatan itu selepas memperoleh 65 undi berbanding 33 oleh Dr Ibrahim.

Dr Jegathesan, yang dilantik sebagai sebagai Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) bulan lepas, dikenali dengan jolokan "Flying Doctor" selepas menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi pingat emas Sukan Asia.

Beliau mencatat masa 10.3 saat, dalam acara 100meter dalam Sukan Asia Bangkok pada 1966 selain memenangi emas dalam acara 200m disamping membantu Malaysia memenangi acara 4x100m lelaki berganti-ganti.

Dr Jegathesan juga merupakan pengerusi suruhanjaya perubatan Persekutuan Sukan Komanwel dan pengerusi agensi anti-doping Malaysia.

Mesyuarat agung tahunan MOM itu akan menyaksikan kesemua 12 jawatan bagi penggal 2011-2013 dipertandingkan selepas penggal yang ada sekarang (2009-2011) berakhir pada Jun.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa menyatakan pendiriannya untuk tidak bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi MOM bagi penggal 2011-2013.

Annuar yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata beliau tidak berminat untuk merebut jawatan timbalan presiden ataupun mana-mana jawatan dalam MOM pada pemilihan Jun depan.

"Saya tidak berminat untuk bertanding walaupun tiada wakil FAM dalam MOM," katanya melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, Naib presiden FAM Datuk Subahan Kamal turut menyatakan pendirian untuk tidak bertanding dalam pemilihan tersebut atas alasan mahu memberi peluang kepada pentadbir sukan yang lebih berkelayakan.

MOM mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa tertinggi setiap tiga tahun sekali bagi membuka peluang kepada anggota gabungannya untuk merebut jawatan tertinggi dalam badan sukan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan