Perebutan Gelaran Juara Kembali Sengit

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti memberi amaran bahawa perebutan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini masih terbuka dan pasukannya mempunyai peluang untuk mengekalkan kejuaraan yang dijulang musim lalu.

Keyakinan untuk terus bangkit semakin meningkat selepas pasukan itu berjaya menewaskan Birmingham 3-0 pada saingan EPL awal pagi Khamis sekaligus mengekori rapat pendahulu liga, Manchester United dengan hanya ketinggalan enam mata.

Namun pengendali kelahiran Itali itu mengakui bahawa bukan mudah untuk terus mara kerana pencabar terdekat, Arsenal hanya ketinggalan beberapa mata dan apa yang diperlukannya ialah memenangi semua baki perlawanan selepas ini.

“Untuk memenangi trofi kejuaraan, kami memerlukan 86 mata seperti musim lalu. Dengan 80 mata musim ini, United boleh muncul juara dan sekarang mereka perlukan lebih kurang sepuluh mata lagi.

“Dalam sukan ini, apa saja boleh berlaku. Pada saat-saat akhir kamu boleh menang dan pada saat-saat akhir juga kamu boleh kalah,” katanya.

Ancelotti berkata, pihaknya gembira dengan kemenangan ini dan akan mencuba untuk bersaing dalam beberapa perlawanan lagi.

“Kami tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini. Pun begitu saya tidak mahu terlalu yakin dan akan cuba sebaik mungkin untuk menang dalam lima baki perlawanan akan datang.

“Untuk mengumpul enam mata dalam situasi begini bukanlah mudah, tetapi kami tidak perlu fikit boleh atau tidak untuk melakukannya,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan