Lotto Serah Baki Penajaan Kepada Jawatankuasa Pengadil FAM - Bola Sepak | mStar

Lotto Serah Baki Penajaan Kepada Jawatankuasa Pengadil FAM

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Khamis menerima sebahagian lagi tajaan daripada pengeluar pakaian sukan dari Itali, Lotto.

"Ini adalah tahun kedua pihak kami menaja pakaian sukan untuk pengadil FAM. Penajaan kali ini berjumlah RM100,000 berdasarkan kepada tempoh penajaan selama tiga tahun," kata pengurus produk Lotto, Frankie Ng.

Majlis penerimaan penajaan itu dihadiri Eksekutif Pemasaran MSL Berhad, Adrian Foong, yang mewakili pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Leftenan Kolonel Kamarudin Sakhari.

Ng berkata jalinan kerjasama dengan FAM itu dimulakan pada Januari tahun lepas dengan jumlah keseluruhan penajaan sebanyak RM457,690.

Selain menaja pakaian sukan untuk pengadil, syarikat itu juga menjadi penaja untuk pasukan Liga Malaysia iaitu persatuan bola sepak Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan