Tiga Pegawai Kanan FAM Dilantik Jawatankuasa AFC

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kredibiliti barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaikkan imej bola sepak negara semakin diiktiraf selepas tiga wakilnya dilantik ke beberapa jawatankuasa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pertandingan AFC manakala Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Datuk Astaman Abdul Aziz pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pengadil AFC.

Ahli jawatankuasa Tatatertib FAM Ednan Othman pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa Tatatertib AFC.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama pada Selasa berkata pelantikan tersebut adalah bagi penggal 2011-2015.

"Ia merupakan penghormatan kepada FAM," kata Azzuddin.

Hamidin, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata beliau menerima surat pelantikan daripada AFC pada Isnin dan menganggap pelantikannya sebagai satu pengiktirafan kepada barisan kepimpinan FAM.

"Seingat saya, wakil FAM yang pertama dilantik ke dalam jawatankuasa yang sama ialah bekas penolong setiausaha FAM, Datuk Yap Nyim Keong pada awal tahun 2001," katanya.

Terdahulu, satu pertemuan diadakan antara Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam FAM yang dipengerusikan oleh seorang lagi naib presidennya, Datuk Subahan Kamal dengan ahli jawatankuasa Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang diketuai presidennya Ahmad Khawari Isa.

Mesyuarat tersebut yang turut dihadiri Hamidin dan Astaman bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul antaranya berkaitan liputan bola sepak Liga Malaysia dan mengeratkan lagi hubungan antara FAM dan SAM. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan