Hatrik Rooney Bawa Kemenangan United

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rooney kembali menemui sentuhan berbisanya selepas berjaya melakukan hatrik pada perlawanan menentang pasukan West Ham, Sabtu.
Rooney kembali menemui sentuhan berbisanya selepas berjaya melakukan hatrik pada perlawanan menentang pasukan West Ham, Sabtu.

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney kembali menunjukkan taringnya selepas menjaringkan hatrik pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham, Sabtu.

Biarpun ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama gara-gara dua tendangan penalti yang diambil oleh pemain tuan rumah, Mark Noble, namun anak buah Sir Alex Ferguson kembali mempamerkan rentak lebih rancak selepas Javier Hernandez menggantikan Patrice Evra, manakala Ji-Sung Park digantikan oleh Dimitar Berbatov bergandingan pada babak kedua perlawanan.

Rooney menerima sentuhan gol pertama United pada minit ke-65, gol kedua minit ke-73 manakala gol ketiga melalui sepakan penalti pada minit ke-79.

Keghairahan mencari gol semakin menjadi apabila Hernandez menambah jaringan keempat United pada minit ke-84 sekaligus memadamkan impian West Ham untuk meraih kemenangan ke atas United pada aksi ini.

Perlawanan tamat dengan keputusan rasmi 4-2 dengan menyaksikan United terus melangkah lebih jauh meninggalkan pencabar terdekat, Arsenal dalam kedudukan liga apabila kini mengumpul 66 mata.

Senarai pemain-pemain:

West Ham: Green, Jacobsen, da Costa, Upson, Bridge, O'Neil, Parker, Noble, Hitzlsperger, Cole, Ba. Pemain simpanan: Boffin, Reid, Tomkins, Spector, Piquionne, Obinna, Keane.

Man Utd: Kuszczak, Fabio Da Silva, Smalling, Vidic, Evra, Valencia, Gibson, Carrick, Park, Giggs, Rooney. Pemain simpanan: Amos, Owen, Anderson, Berbatov, Hernandez, Nani, Gill

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan