West Ham Calar Rekod Liverpool

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Parker membuka jaringan pertama untuk West Ham.
Parker membuka jaringan pertama untuk West Ham.

LONDON:Rekod lapan perlawanan tanpa kalah Liverpool di bawah kendalian pengurus Kenny Dalglish berjaya dileburkan West Ham dengan kemenangan 3-1 pada Ahad sekaligus mengeluarkan pasukan itu daripada kedudukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gol hasil jaringan kapten Scott Parker, Demba Ba dan Carlton Cole sudah cukup untuk mematikan langkah Liverpool yang hanya memberi reaksi balas menerusi jaringan Glen Johnson pada saat akhir.

Usaha Parker ternyata meninggalkan kesan mendalam apabila di bergelut dengan insiden di padang latihan pada Sabtu sehingga menjejaskan peluangnya untuk beraksi, Ahad.

"Scott adalah pemain istimewa. Semangat yang dipamerkannya amat menakjubkan. Tiga jam sebelum perlawanan, kami tidak tahu sama ada dia dapat beraksi.

"Kecederaan itu kelihatan amat serius. Dia tidak boleh berjalan dan menggerakkan lengannya. Pasukan perubatan mengesahkan dia mungkin tidak dapat beraksi tetapi semangatnya cukup kental dan dia berusaha memulihkan kecederaannya dalam tempoh 24 jam," kata Pengurus Hammers, Avram Grant.

Parker ternyata menjadi tonggak utama kebangkitan Hammers ketika ketinggalan 0-3 sebelum mengikat kedudukan 3-3 dengan pasukan tercorot liga, West Brom.

Johnson kembali meletakkan Liverpool dalam saingan ketika perlawanan berbaki enam minit tetapi Cole menyekat kemaraan pasukan lawan dengan meledak gol ketiga pada minit ke-90.

Ia adalah kemenangan keenam West Ham dalam saingan EPL.

Kemenangan itu sedikit sebanyak membawa khabar gembira kepada pemilik bersama West Ham, David Gold yang tidak dapat hadir menyaksikan perlawanan itu kerana menerima rawatan di hospital akibat septisemia dan keradangan duktus hempedu.

"Saya berharap agar dia cepat sembuh. Saya yakin dia pasti gembira dengan kemenangan ini," ujar Grant.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan