Perak Kongsi Mata Dengan Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 27 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Perak terus merapatkan kedudukan apabila berkongsi 11 mata dengan pendahulu takhta Liga Super Kelantan setelah menumpaskan Pahang 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu.

Beraksi di hadapan penyokong tuan rumah, skuad bimbingan Norizan Bakar itu nyata tidak mensia-siakan peluangnya bertandang ke tempat lawan apabila Muhammad Shafiq Jamal membuka tirai jaringan pada minit ke-22 dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli seterusnya menjaringkan gol kedua pada minit ke-44 untuk mengutip tiga mata penuh di tempat lawan.

Kelantan mendahului di tempat teratas dengan 10 gol berbanding Perak yang menjaringkan 6 gol kini.

Di Kuala Terengganu, T-Team mencatat kemenangan pertama setelah menang selesa 3-0 kalahkan Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk menggegar gawang pelawat apabila Khairul Izwan Khalid menjaringkan gol seawal minit ke-3 dan selang tujuh minit kemudian, Md Badrul Hisani Abd Rahman pula menghukum kelemahan barisan benteng pertahanan Perlis untuk merembat masuk gol kedua.

Penjaga gol Perlis Hairol Fazreen Abu Hassan tewas lagi apabila Khairul Izwan sekali lagi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-59.

Di Shah Alam, impian Harimau Muda A untuk melonjak ke tangga ke-3 liga gagal apabila seri 1-1 menentang Felda United menerusi sepakan penalti, Liew Kit Kong pada minit ke-67 yang memusnahkan impian skuad anak didik Ong Kim Swee apabila pengadil melayangkan kad kuning kepada pertahanan Harimau Muda A, Mohd Amer Saidiin kerana mengasari Farderin Kadir dalam kotak penalti.

Bagaimanapun Harimau Muda A terlebih dahulu memperoleh jaringan menerusi pemain gantian, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang menggelecek pertahanan lawan sebelum merembat kencang bola menewaskan penjaga gol Felda United, Hamsani Ahmad seawal pada dua minit babak kedua (min-47) berlangsung di Stadium Shah Alam.

Negeri Sembilan mencatat kemenangan tipis di tempat sendiri apabila menumpaskan naib juara Liga Perdana, Sabah 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang dijaringkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-76.

Di Johor Baharu, juara Liga Super musim lalu, Selangor gagal mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri 0-0 tanpa jaringan dalam perlawanan menentang Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan