Hajizi Tak Lagi Malu Pakai Jersi Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pada 2007, apabila Malaysia dibelasah 5-1 oleh China dalam perlawanan bola sepak kelayakan Piala Asia, seorang peminat begitu kecewa sehingga membuang jersi pasukan kebangsaan miliknya.

Mana tidaknya, Hajizi Shaari, 40, seorang jurutera yang bertugas di kawasan perindustrian Senawang di Negeri Sembilan, diperli bertubi-tubi oleh rakan-rakannya yang melihat Malaysia sekadar satu pasukan belasahan.

Tidak cukup dengan itu, jika beliau keluar rumah memakai jersi Malaysia, ada yang menyindir: "Eh, mana abang dapat jersi Hull City ni?"

Jersi pasukan kebangsaan ketika itu seakan-akan yang dipakai pemain kelab Liga Perdana Inggeris itu, iaitu berbelang hitam dan kuning.

Namun kini Hajizi, penyokong Chelsea, tidak lagi rasa kecil hati ataupun malu mengenakan jersi pasukan kebangsaan selepas Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki Disember lepas.

Bapa kepada dua anak itu bukan hanya mempunyai sehelai jersi pasukan kebangsaan, bahkan mempunyai empat helai yang dibelinya mengikut turutan tahun bermula pada 2007, 2008 dan yang dua versi terakhir iaitu jersi biru dengan berjalur merah dan putih di lengan serta jalur hitam kuning.

Versi terakhir berkenaan, dilancarkan oleh penaja, Nike, sebaik sebelum cabaran Sukan Asia Guangzhou November lepas.

"Sekarang tak ada lagi orang yang nak mengutuk kalau kita pakai jersi pasukan bola sepak kita. Kita rasa bangga.

"Walaupun kita menang di peringkat Asean sahaja, nak menang itu sebenarnya kita kena tunggu 21 tahun dari 1989. Tahun 1996 cuma permulaan Piala Tiger (kini dikenali sebagai Piala Suzuki)," kata Hajizi.

Hajizi kecewa dengan perbuatan sebuah pasukan dalam satu pertandingan futsal tempatan yang menggunakan lambang seolah-olah lambang FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) tetapi mengubah imej pada logo berkenaan.

"Gambar harimau digantikan dengan gambar kucing tidur beserta dengan huruf zzz. Betullah bola sepak kita merudum (pada ketika itu) tapi tak perlulah buat sampai begitu sekali. Kalau nak buat juga, jangan tiru logo FAM," katanya.

Peniaga-peniaga kecil yang menjual jersi, topi, selendang tebal dan cenderahati lain juga menikmati tempias hasil persembahan memberangsangkan skuad negara.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 47, berkata penjualan jersi bola sepak kebangsaan kini laris bagai pisang goreng panas.

"Macam malam ni Malaysia menang dengan Pakistan. Lagi banyak menang lagi banyak keuntungan hasil penjualan jersi ini. Kita juga berterima kasih," katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelayakan Olimpik 2012 yang menyaksikan skuad negara menumpaskan Pakistan 2-0 di Stadium Shah Alam malam Rabu.

Abdullah berkata sehelai jersi dijual antara RM40 dan RM58 bergantung kepada kualiti manakala selendang tebal dan topi berharga antara RM15 dan RM20. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan