Ancelotti Puji Aksi Pemain

Diterbitkan: Rabu, 23 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anelka (kanan) menjaringkan dua gol pada saingan CL menentang Copenhagen awal pagi Rabu.
Anelka (kanan) menjaringkan dua gol pada saingan CL menentang Copenhagen awal pagi Rabu.

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti memuji aksi anak buahnya pada saingan Liga Juara-Juara (CL) menentang FC Copenhagen selepas aksi hambar yang ditunjukkan dalam perlawanan tempatan.

The Blues yang gagal meneruskan aksi Piala FA musim ini setelah diketepikan Everton dengan sepakan penalti Sabtu lalu bangkit menunjukkan momentum terbaik dengan menundukkan Copenhagen 2-0 dan kedua jaringan itu dilakukan oleh Nicolas Anelka pada minit ke-17 dan 52, awal pagi Rabu.

“Ia merupakan keputusan yang baik dan prestasi semua pemain juga sangat memuaskan. Kami sememangnya memberi tumpuan penuh kepada saingan ini dan telah melakukan persiapan yang rapi.

“Pemain-pemain saya telah bekerja keras, bermain dengan baik dan mendapatkan keputusan yang yang baik. Biarpun ia keputusan yang baik, tetapi kami sedar ia baru pusingan pertama dan kami perlu berkasi pada pusingan kedua pula nanti,” katanya pada Sky Sports selepas perlawanan.

Sementara itu juga, Ancelotti turut mengakui kemenangan ini ini telah memberi motivasi kepada pasukan dalam sainagn CL ini.

“Kami fokus kerana kami inginkan yang terbaik dana hari ini kami telah melakukannya. Inilah bola sepak kerana kamu perlu bergerak pantas selepas mengalami saat-saat sukar. Perlu bangkit dan terus menumpukan perhatian sepatutnya,” katanya.

Ancelotti turut memujikan penyerang barunya, Fernando Torres yang turut menunjukkan komitmen tinggi ketika perlawanan berlangsung.

“Torres bermain dengan baik, sangat baik. Kunci utama permainan ini adalah penyerang yang sentiasa berbahaya. Torres cuba tidak bernasib baik kerana tidak berjaya menjaringkan gol,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan