Tewas Kali Keempat, Ranieri Letak Jawatan - Bola Sepak | mStar

Tewas Kali Keempat, Ranieri Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 22 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CLAUDIO Ranieri (gambar) meletak jawatan selaku pengurus Roma ekoran kekalahan 3-4 ke atas Genoa pada saingan Serie A, Ahad.

Roma mendahului dengan 3-0 sehingga minit ke-51 tetapi membiarkan gawang mereka dibolosi dengan empat gol dalam kekalahan keempat mereka.

"Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk Roma dan selepas keputusan seperti itu, saya rasa sudah tiba masanya untuk mengundur diri.

"Selepas wisel penamat, saya pergi ke bilik persalinan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan. Saya memutuskan untuk menghantar surat peletakan jawatan saya," katanya.

Roma yang kini dalam proses dijual kepada pemilik baru, tewas 2-3 kepada Shakhtar Donetsk dalam perlawanan pertama kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu.

Seramai 200 penyokong mengadakan bantahan di padang latihan Roma pada Sabtu dengan melontar bunga api dan mercun di pintu masuk sebelum dileraikan pihak polis.

Roma tampil cemerlang ketika di bawah kendalian Ranieri selepas mengambil alih tempat Luciano Spalletti.

Kini mereka menduduki tempat kelapan dan belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam kesemua lima perlawanan.

Ranieri turut dilaporkan tidak mempunyai hubungan baik dengan kapten Francesco Totti yang beraksi bersama Roma sepanjang kariernya dan dianggap sebagai nadi utama kelab itu.

Sementara itu, Konsortium Amerika, Di Benedetto masih dalam proses perbincangan untuk mengambil alih kelab itu.

Mereka dilaporkan mahu mendapatkan khidmat pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti untuk mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Ranieri.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan