Barisan Bawah 19 Qatar Uji Sime Darby

Diterbitkan: Selasa, 22 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SKUAD Bawah 19 Tahun Qatar yang kini berada Malaysia dijangka berpotensi beraksi pada Piala Dunia pertama di Timur tengah pada tahun 2022.

Jurulatih Qatar, Tini Ruys, tidak menolak kemungkinan itu.

“Pasukan ini dianggotai pemain berusia 17 dan 18 tahun, jadi 11 tahun dari sekarang, mereka harus memegang watak selaku pemimpin menjelang Piala Dunia di Qatar pada 2022,” kata Ruys.

Jurulatih berasal dari Belanda itu kini berkampung di Shah Alam bersama anak buahnya sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Jemputan Al-Jazeera April depan yang menampilkan pasukan remaja Barcelona, AC Milan, Chelsea dan Manchester City.

Potensi mereka terserlah apabila menewaskan pasukan Liga Super Selangor 2-1 di Stadium Shah Alam minggu lalu.

Sementara itu, mereka bakal menentang kelab Liga Perdana Sime Darby FC di Pusat Latihan Petronas di Bangi. pada Rabu ini jam 5.30 petang.

Ruys mendedahkan mengikut perancangan asal, pasukannya bertandang ke Kaherah pada waktu ini tetapi disebabkan iklim politik di Mesir, Shah Alam dijadikan pusat latihan lebih seminggu.

“Saya suka suasana di sini. Sudah tiga kali saya datang ke Kuala Lumpur, cuacanya cerah, kemudahan bagus dan orangnya peramah. Kem latihan ini penting untuk saya cuba beberapa kombinasi,” katanya.

Ruys berkata pasukannya itu juga bersiap menghadapi pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 19 Asia pada hujung tahun ini.

Skuad Qatar: 31 - Antonio Messe -GK, 12 - Mohammed Shami, 21 - Abdo Sereen, 14 - Ahmed Yasser, 24 - Ali Abdullah, 6 - Ali Mohammed, 4 - Ahmed Fadel, 17 - Abdulmajeed Anad, 10 - Saleh Al-Yazidi, 20 - Othman Alwi, 7 - Ahmed Alaa, 1 - Mohammad Naeeman, 13 - Sauod Al-Khlaki, 19 - Ahmed Al-Marji, 15 - Mohammed Shahan, 2 - Musah Kader, 5 - Muhammed Hussain, 23 - Amer Al-Murisi, 11 - Nasser Khalfan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan