Orient Berjaya Ikat Arsenal, City Mara

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tehoue (kiri) meraikan gol penyamaannya ketika bertemu Arsenal di Stadium Brisbane Road, London pada Ahad.
Tehoue (kiri) meraikan gol penyamaannya ketika bertemu Arsenal di Stadium Brisbane Road, London pada Ahad.

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui terkejut dengan kebangkitan Leyton Orient dari kelab divisyen tiga yang berjaya mengikat kedudukan 1-1 dengan pasukannya pada pusingan kelima Piala FA, Ahad.

Pemain Perancis, Jonathan Tehoue diturunkan dari bangku simpanan dan menjaringkan gol penyamaan ke atas Arsenal yang terlebih dahulu menundukkan Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Gol ke-89 yang dijaringkan Tehoue membolehkan Orient bertemu semula dengan Arsenal di Stadium Emirates pada 2 Mac ini sebelum juara pertemuan itu berlepas ke Manchester United dalam pusingan suku akhir.

Arsenal menjadi pasukan pilihan untuk mara tetapi Tehoue meranapkan impian anak buah Wenger selepas Tomas Rosicky meletakkan pasukan itu didepan pada awal babak kedua.

Tehoue berjaya melepasi kawalan penjaga gol Manuel Almunia menerusi percubaan rendah dari jarak dekat.

"Saya tidak tahu mengenai pemain itu sebelum ini. Saya hanya melihat dia diturunkan dari bangku simpanan dan berjaya menjaringkan gol," kata Wenger.

Wenger melakukan 10 pertukaran dari kesebelasan utama yang menewaskan Barcelona.

"Itu adalah lumrah bola sepak. Saya percaya kami beraksi dengan penuh bersemangat tetapi mereka tidak pernah menyerah kalah.

"Jika anda tidak menjaringkan gol kedua, perkara seperti ini akan berlaku. Ia amat mengecewakan tetapi kami masih dalam persaingan memburu gelaran juara," jelasnya.

Pengurus Orient, Russell Slade menyuarakan rasa kagum dengan gol jaringan Tehoue selepas menggantikan Scott McGleish pada babak kedua.

"Ketinggalan 0-1 di belakang Arsenal melonjak semangat kami untuk bangkit dan gol itu hadir tepat pada waktunya," ujar Slade.

Dalam perlawanan berasingan, Manchester City mara ke pusingan kelima Piala FA selepas menang besar ke atas kelab Divisyen Satu, Notts County.

Bekas kapten Arsenal, Vieira menjaringkan dua gol sebelum Tevez menggandakan jaringan pada minit ke-84 untuk meletakkan kedudukan 3-0.

Dzeko menanduk masuk gol keempat City sebelum Richards melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-89.

Pengurus City, Roberto Mancini memuji persembahan Tevez yang diturunkan dari bangku simpanan dalam usaha melangkah ke pusingan kelima bertemu Aston Villa bulan depan.

Ia adalah gol ke-50 Tevez dalam 73 penampilan bersama City dan beliau meneruskan kecemerlangannya sejak tiba di Eastlands dari Manchester United pada 2009.

Sebelum ini, Mancini dilaporkan tidak sebulu dengan Tevez tetapi dia menjangkakan pemain Argentina itu akan kembali pada prestasi terbaik.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan