Kuala Lumpur Langkah Ke Saingan Kedua Piala FA

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak Kuala Lumpur melangkah ke pusingan kedua Piala FA apabila menang selesa 3-0 ke atas Pos Malaysia pada perlawanan pembukaan pusingan pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang petang Ahad.

Beraksi di hadapan sekitar 300 penyokong, Kuala Lumpur yang menjadi tuan rumah nyata menguasai perlawanan dengan melakukan asakan demi asakan ke gawang Pos Malaysia yang berjersi biru namun buntu dalam pencarian gol pertama hingga wisel penamat separuh masa pertama.

Separuh kedua, Kuala Lumpur yang beraksi dalam Liga Super terus mempamerkan aksi agresif dalam memburu gol dan memperoleh jaringan pertama menerusi Muhammad Afiq Azmi pada minit ke-48 yang berpunca daripada kelemahan pemain benteng pertahanan Pos Malaysia untuk mengekang asakan bertubi-tubi tuan rumah.

Gawang Pos Malaysia sekali lagi dibolosi apabila Mohd Badrul Hisyam Azmi pula menjaringkan gol kedua selang tiga minit kemudian akibat kealpaan barisan pertahanan untuk menewaskan penjaga gawang Pos Malaysia, Muhammad Shahruddin Ismail.

Tersentak dengan dua jaringan itu, Pos Malaysia cuba bangkit untuk mencari gol tunggal dan memperoleh beberapa peluang namun kekebalan benteng anak didik Tang Siew Seng menutup segala peluang percubaan Pos Malaysia.

Mohd Badrul Hisyam sekali lagi menambah kedukaan skuad anak buah Mat Zan Mat Aris apabila sekali lagi menjaringkan gol menerusi lorongan cantik daripada rakan sepasukan, Yong Kuong Yong pada minit ke-70.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan