Lagenda Inggeris Bryan Robson Tertarik Prestasi Harimau Malaya

Diterbitkan: Sabtu, 19 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain tengah Liga Perdana Inggeris (EPL), Bryan Robson, tertarik dengan prestasi pemain muda dalam skuad kebangsaan yang menunjukkan pencapaian besar khususnya merangkul Piala Suzuki AFF 2010, pada Disember lalu.

Lagenda Manchester United (MU) berusia 54 tahun itu berkata barisan pemain muda dalam skuad bimbingan K. Rajagobal itu memang mengejutkannya kerana telah menewaskan Vietnam dan Indonesia pada kejohanan itu.

"Mereka benar-benar membuktikan pencapaian terbaik masing-masing dan bermain dengan baik. Mereka wajar menjuarai gelaran itu," katanya.

Robson, yang kini menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, berada di Malaysia bersama dengan lagenda EPL, Dominic Matteo dan Jesper Blomqvist bagi pelancaran Kejohanan Bolasepak Piala Malaysia Masters EPL 2011 di sini Khamis.

Kejohanan sehari itu akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada 13 Mac ini dengan empat pasukan dijangka bertanding iaitu Malaysia Masters, Liverpool, MU dan EPL All-Stars.

Robson juga berkata Malaysia harus terus membangunkan kumpulan pemain muda berbakat sekiranya mahu menjadi gergasi bola sepak di rantau Asia Tenggara.

"Berbekalkan pingat emas Sukan SEA Laos 2009 dan Piala Suzuki AFF, saya berpendapat Malaysia mempunyai peluang untuk terus maju pada masa depan," kata bekas ketua pasukan MU paling lama itu.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan, yang turut hadir pada majlis pelancaran itu, berkata pasukan Malaysia Masters akan diwakili bekas pemain ternama negara antaranya K. Gunalan, Anuar Abu Bakar dan Khan Hung Meng. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan