Tiket Kelayakan Olimpik Malaysia-Pakistan Mula Dijual Selasa Ini

Diterbitkan: Jumaat, 18 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak tempatan boleh mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Pakistan, mulai Selasa ini.

Penolong Pegawai Media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Amir Basha Abdul Halim berkata harga tiket bagi perlawanan itu, yang berlangsung pada 23 Februari ini di Stadium Shah Alam, berharga RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

"Kita akan menjual tiket pada 22 dan 23 Februari di Wisma FAM, Kelana Jaya (Petaling Jaya) dari 9 pagi hingga tamat waktu kerja. Tiket yang belum terjual pada Rabu (23 Feb) akan dijual di Pintu A Stadium Shah Alam mulai 4 petang," katanya.

Perlawanan itu akan bermula pada 8.45 malam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan