Raja Ahmad Tidak Putus-Putus Minta FAM Kaji Pemain Import

Diterbitkan: Jumaat, 18 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta menimbangkan semula cadangan membenarkan setiap pasukan dalam Liga Super mendapatkan khidmat pemain import.

Anggota Jawatankuasa FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata langkah itu adalah lebih berkesan dalam membangunkan mutu bola sepak negara kerana ia melibatkan keseluruhan pasukan.

"Adalah lebih baik memberikan kebenaran kepada pasukan Liga Super mendapatkan khidmat pemain import kerana ia dapat memberi pendedahan kepada pemain muda dalam pasukan untuk terus maju," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata ia lebih sesuai dalam keadaan sekarang di mana banyak pasukan Liga Super mempunyai pemain muda yang berbakat dan mereka memerlukan pendedahan dalam sukan itu.

Katanya sekiranya pemain muda mendapat pendedahan yang cukup maka mereka akan lebih berani untuk mencuba nasib mereka di liga Eropah seperti pemain dari benua Afrika.

"Hampir 75 peratus pemain dalam Liga Inggeris pada masa ini adalah dari Afrika dan sukan ini boleh lumpuh sekiranya mereka pulang ke negara masing-masing," katanya.

Raja Ahmad berkata FAM kini sedang dalam proses membawa perubahan dalam meningkatkan kualiti sukan bola sepak dan mereka perlu berani membuat perubahan drastik bagi menuju ke arah itu.

"FAM kena memikirkan jalan terbaik sama ada membenarkan pemain import datang ke sini atau menghantar pemain muda kita ke liga yang lebih besar untuk meningkatkan mutu permainan mereka," katanya.

Katanya adalah tidak mustahil untuk pemain tempatan beraksi dalam liga Inggeris, Sepanyol dan Belanda pada masa depan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan