Tiket Malaysia Lawan Pakistan Mula Dijual Selasa Depan

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiket-tiket bagi perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dengan Pakistan akan mula dijual pada Selasa, 22 Februari 2011.

Tiket yang berharga RM20 bagi bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak boleh didapati di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula 9 pagi hingga 5 petang, manakala Rabu (23 Feb) dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Sementara itu, peminat-peminat bola sepak tanah air juga boleh membeli tiket di Pintu A, Stadium Shah Alam bermula 4 petang pada hari perlawanan.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 23 Februari bermula jam 8.45 malam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan