Crouch Kalahkan Milan

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gattuso (kanan) bergaduh dengan Jordan selepas tamat perlawanan awal pagi Rabu.
Gattuso (kanan) bergaduh dengan Jordan selepas tamat perlawanan awal pagi Rabu.

PETER Crouch menjadi wira pasukan Tottenham Hotspur apabila berjaya menumpaskan pasukan gergasi dari Itali, AC Milan 1-0 pada saingan Liga Juara-Juara (CL) yang berlangsung di Stadium Giuseppe Meazza awal pagi Rabu.

Penyerang England itu menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit-80 setelah kedua pasukan gagal menjaringkan gol pada separuh masa perlawanan dengan menyaksikan Milan gagal menunjukkan aksi cemerlang mereka.

Bagaimana pun perlawanan sedikit terganggu apabila pemain tengah Milan, Mathieu Flamini menerjah kasar pemain Spurs, Vedran Corluka sehingga terpaksa dikeluarkan.

Sementara itu, pada masa tambahan perlawanan, Milan berjaya menjaringkan gol penyamaan, namun tidak diterima pengadil selepas kedudukannya di katakan offside oleh penjaga garisan.

Permainan tamat dengan kemenangan memihak kepada Spurs namun pemain Milan, Gennaro Gattuso seperti tidak berpuas hati dan menyerang penolong pengurus Spurs, Joe Jordan dengan menghantukkkan kepadanya, namun pergaduhan kecil itu berjaya dileraikan.

Pengurus Spurs, Harry Redknapp menggelarkan pemain Itali itu sebagai ‘gila’.

“Saya hilang kawalan. Tidak ada alasan apa yang telah saya lakukan itu. Saya bertanggungjawab sepenuhnya. Saya agak gementar dan tidak mahu bergaduh dengan pemain dan sebab itu saya menyerang dia. Saya sedar semua itu salah,” kata Gattuso.

Selain itu Rednapp turut menyelar tindakan kasar Flamini ke atas pemainnya, Corluka.

“Ia satu terjahan yang kasar. Corluka mungkin boleh patah kaki dan sepatutnya pengadil memberi kad merah kepada Flamini,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan