Kelantan Kekal Mendahului Saingan Liga Super

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Kuala Lumpur 2-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, yang berlangsung malam Selasa.

Kemenangan di tempat sendiri itu membolehkan skuad bimbingan Datuk M.Karathu mendahului kedudukan liga dengan 10 mata selepas empat perlawanan, sekaligus mengenepikan pencabar terdekat Perak dengan kelebihan dua mata.

Perak mampu berkongsi mata dengan Kelantan tetapi gagal apabila hanya seri 0-0 dengan pasukan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Di Stadium Shah Alam, juara Liga Super musim lalu, Selangor mula memperkemaskan rentak apabila mengutip tiga mata penuh setelah berjaya mengalahkan Terengganu 3-2.

Gol Red Giants dijaringkan oleh Fadzli Saari pada minit ke-17 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Alawee.

Skuad merah kuning di bawah bimbingan K. Devan terus menghukum kealpaan benteng pertahanan Terengganu apabila Mohd Amri Yahaya pula menanduk masuk gol sejurus babak kedua bermula pada minit ke-46 dan P. Gunalan menolak masuk bola menerusi hantaran dari Mohd Amri Yahaya pada minit ke-57.

Bagaimanapun Terengganu bangkit apabila mendapat sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ashaari Samsudin pada minit ke-69 apabila pertahanan Selangor mengasari pemain Terengganu dalam kotak penalti dan Abdul Hadi Yahaya menjaringkan gol pada minit ke-87.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, gol minit ketiga oleh Mohd Zaiza Zainal Abidin membantu Pahang mencatat kemenangan kedua setelah menang tipis 1-0 ke atas pasukan T-Team.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tewas 0-1 kepada Johor FC menerusi jaringan Mohd Riduwan Ma'on pada minit ke-55.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Felda United yang bermain dengan 10 pemain sepanjang babak kedua tidak mensia-siakan peluang apabila menewaskan tuan rumah Negeri Sembilan 1-0.

Gol kemenangan Felda United diperolehi oleh Abd Ghani Abd Rahman pada minit ke-88. Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Harimau Muda A terikat 1-1 dengan Perlis.

Perlis terlebih dahulu mendapat gol yang dijaringkan oleh Mohd Faiz Subri pada minit ke-74 manakala Harimau Muda bangkit menyamakan gol menerusi Gary Steven Robbat pada minit ke-90 sebelum wisel ditiup.

Sementara itu, dalam satu perlawanan Liga Perdana, Harimau Muda B menumpaskan Pos Malaysia 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dengan kemenangan tersebut, Harimau Muda B kini melonjak ke tangga ketiga liga dengan tujuh mata.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan