Lorong Khas Wanita Dan Kanak-kanak Di Stadium Perak

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) telah mewujudkan dua lorong khas bagi wanita dan kanak-kanak yang menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium Perak, kata Presidennya Datuk Zainol Padzi Paharuddin.

Beliau berkata dua lorong itu disediakan di pintu B dan E yang terletak di bahagian kiri dan kanan stadium.

"Kita telah membuka lorong itu pada perlawanan di antara Perak menentang Negeri Sembilan malam tadi dan sambutan agak menggalakkan. Lebih 15,000 penonton membanjiri stadium dan memang ramai penyokong wanita dan kanak-kanak.

Dengan adanya pintu khas ini, ia akan memberikan lebih keselesaan kepada mereka yang sebelum ini terpaksa berasak-asak dengan penonton lain," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata jumlah lorong akan ditambah mengikut keperluan bagi memastikan keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin ketika menyaksikan perlawanan di stadium itu.

Zainol Padzi berkata sebelum ini, peminat wanita dan kanak-kanak terpaksa berhimpit-himpit dalam keadaan yang sesak bersama-sama dengan golongan lelaki hingga pernah mencetuskan beberapa insiden yang tidak diingini.

"Diharap dengan adanya lorong ini, kehadiran peminat, khususnya wanita akan bertambah ramai bagi memberi sokongan kepada skuad Perak,"katanya.

Sementara itu, Zainol Padzi berkata penyediaan lorong khas itu adalah hasil persefahaman dan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang turut meningkatkan pelbagai kemudahan di stadium berkenaan demi keselesaan penonton.

Antara kemudahan yang dibaik pulih adalah bilik solat lelaki dan wanita, kebersihan tandas, tempat meletak kenderaan dan ruang perniagaan, katanya.

"Dengan beberapa kemudahan baru dan yang telah dibaik pulih adalah diharapkan peminat bola sepak Perak dapat memberi sokongan padu kepada pasukan dengan gema sorakan Kejor Yob Kejor seperti sebelum ini, "tambahnya.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan