FAM Beri Imbuhan RM50,000 Setiap Pemain

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Ahad memberikan insentif RM50,000 seorang kepada 22 pemain dan jurulatih skuad kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 pada Disember lalu.

Presiden FAM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, menyampaikan ganjaran lumayan itu pada majlis meraikan kejayaan skuad bimbingan K. Rajagobal di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini.

"Pencapaian mereka sangat membanggakan bukan sahaja kepada saya malah seluruh rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang kami selama ini," titah baginda kepada pemberita selepas majlis tersebut.

"Kejayaan ini mesti ada kesinambungan...ini hanya permulaan era baru bola sepak Malaysia," titahnya.

Baginda bertitah pasukan kebangsaan tidak boleh berpuas hati dengan kedudukan sebagai juara Asia Tenggara sahaja, sebaliknya terus berjuang untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 dan Piala Dunia 2014.

Selain itu, Sultan Ahmad Shah mengumumkan bahawa semua persatuan negeri akan menerima pertambahan geran tahunan berikutan peruntukan tambahan yang diterima oleh FAM tahun ini.

Bagaimanapun, baginda enggan menyatakan jumlah sebenar pertambahan geran atau peruntukan tambahan yang diterima oleh badan induk itu.

"Hasil daripada tambahan peruntukan itu juga FAM akan mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan di antara pasukan kebangsaan dengan mana-mana pasukan di luar negara, iaitu setiap bulan.

"Ini supaya pemain kita tidak leka dan mengekalkan terus rentak sepanjang tahun," titah baginda.

Sebelum majlis tersebut, baginda turut mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa FAM. Mesyuarat itu melantik seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman sebagai Bendahari Kehormat FAM.

Beliau merupakan presiden Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO).

Sebelum ini, jawatan pemangku bendahari dipegang oleh V.Ampega.

Sultan Ahmad Shah bertitah antara lain, mesyuarat itu turut membincangkan kenaikan elaun pengadil dan penganjuran Kongres FAM di Kuantan, Pahang, pada Mei ini.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan