Harimau Malaya Baham Hong Kong 2-0

Diterbitkan: Khamis, 10 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shafiq (tengah) berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk Malaysia pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Rabu.
Shafiq (tengah) berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk Malaysia pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Rabu.

SHAH ALAM: Malaysia menamatkan penantian selama tujuh tahun untuk menumpaskan Hong Kong dengan jaringan 2-0 pada perlawanan siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam Rabu.

Gol Malaysia hasil jaringan kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim pada minit ke-43 dan Mohd Amirulhadi Zainal pada minit ke-91 menjadi penyelamat maruah negara dalam misi membalas dendam kekalahan 1-3 kepada Hong Kong pada 2004.

Beraksi di hadapan 5,000 penonton tempatan, Malaysia, yang dinobatkan juara Piala AFF Suzuki 2010, nyata turun dengan garang apabila mendominasi permainan.

Malaysia hampir mendapat peluang membuka jaringan menerusi larian solo Safee Sali yang membuat sepakan kencang di luar kotak penalti namun terkena tiang yang menyebabkan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai cemas seketika pada minit ke-12.

Bagaimanapun, Safiq Rahim berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pertama yang dibantu Mahali Jasuli di tepi kotak penalti akibat kesilapan benteng pertahanan Hong Kong, Deng Jinghua yang gagal menyepak keluar bola ke luar padang.

Pada babak kedua, jurulatih K. Rajagobal membuat sedikit pertukaran di bahagian penyerang dan penjaga gol apabila menurunkan penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol kedua, Mohd Farizal Marlias bagi memberi peluang mempamerkan aksinya.

Skuad Harimau Malaya sekali lagi nyata mengawal permainan dan membuat beberapa percubaan ke pintu gawang Hong Kong namun masih gagal meraih jaringan pada babak kedua.

Malaysia mendapat peluang menarik meneusi S. Kunanlan hampir menyumbat gol kedua namun terkena palang gol pada minit ke-75.

Pertahanan Hong Kong sekali lagi dihukum apabila percubaan solo pemain gantian, Mohd Amirulhadi Zainal berjaya membuahkan jaringan pada masa kecederaan.

Tertekan dengan kedudukan 2-0, Hong Kong nyata cuba bangkit namun tidak mampu berbuat apa-apa hingga wisel penamat ditiup.

Sementara itu, Rajagobal nyata berpuas hati dengan penampilan sulung anak buahnya dalam perlawanan pertama musim ini.

"Kita(pemain) telah mendapat momentum ini dan saya harap mereka akan terus mempamerkan aksi menarik untuk kejohanan seterusnya," katanya.

Barisan Pemain: --------------- MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat (Mohd Farizal Marlias), Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan, Mahalli Jasuli (Mohd Sabre Mat Abu), Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim, K. Gurusamy (G. Mahathevan), Mohamad Ashaari Samsudin (Mohd Amirulhadi Zainal), S. Kunanlan, Ahmad Fakhri Saarani (Noshahrul Idlan Talaha), Mohd Safee Mohd Sali (Shahrizal Mohd Saad).

HONG KONG: Yapp Hung Fai, Li Hang Wui, Deng Jinghua (Gerard Ambassa Guy), Wong Chin Hung, Chan Wai Ho, Lee Wai Lim, Lam Ka Wai, Lo Kwan Yee, Lo Chi Kwan (Chu Siu Kei), Liu Quankun, Lee Hong Lim, Ye Jia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan