Reina Sokong Torres

Diterbitkan: Selasa, 8 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Torres bersama Reina selepas tamat perlawanan Ahad lalu.
Torres bersama Reina selepas tamat perlawanan Ahad lalu.

PENJAGA gol Liverpool, Pepe Reina mempertahankan keputusan yang diambil oleh rakannya, Fernando Torres yang berpindah ke Chelsea dan memohon penyokong-penyokongnya agar ingat kembali kegembiraan yang dilakukan Torres sebelum ini.

Sesetengah penyokong The Reds mendakwa Torres berpindah ke Stamford Bridge kerana ingin memenangi trofi dan seterusnya membakar jersi bernombor sembilan sebagai memprotes tindakan itu.

Reina yang turut bersama Torres ketika sesi latihan pasukan Sepanyol di Madrid menjelang perlawanan persahabatan menentang Colombia berkata, tiada apa yang perlu diselesaikan dan mengharapkan kejayaan untuk penyerang itu.

“Memang lumrah sukan bola sepak, pemain akan pergi dan datang. Kamu perlu faham, bagi Torres, keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik untuk mengembangkan lagi kariernya.

“Sekarang ini kelab perlu pandang ke depan dan lupakan Torres. Dia tidak lagi berada di sini dan kami tidak boleh melakukan apa-apa selain mengharapkan kejayaan dia,” katanya.

Sementara itu, Torres yang mempamerkan penampilan pertamanya bersama Chelsea Ahad lalu dilihat masih kaku walaupun mempunyai peluang untuk menjaringkan gol sebelum dikeluarkan pada minit ke-66 sekali gus menyaksikan Liverpool menang 1-0 pada perlawanan itu.

“Secara logiknya memang ada orang yang tidak faham dengan situasi ini tetapi kita perlu ingat bahawa dia telah melakukan banyak usaha sepanjang tiga tahun setengah bersama Liverpool.

“Dia telah banyak menjaringkan gol, juga telah banyak memberi kegembiraan kepada kelab dan semua penyokong.

“Dalam situasi ini ia kelihatan teruk, tetapi itulah bola sepak. Ahad lalu ia kelihatan sedikit pelik, tetapi itulah kenyataan.

“Hari ini kamu bermain sebagai rakan sepasukan, dan esok kamu bermain sebagai lawan tetapi kamu perlu mendoakan kegembiraan dia. Dia cuba melakukan yang terbaik untuk dirinya,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan