Cole Pemain Terbaik England 2010

Diterbitkan: Selasa, 8 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cole menerima anugerah pemain terbaik England 2010.
Cole menerima anugerah pemain terbaik England 2010.

ASHLEY Cole dinobatkan selaku Pemain Terbaik England 2010 menerusi undian yang dilakukan peminat pasukan itu.

Kapten Liverpool, Steven Gerrard menduduki tempat kedua manakala pemain sayap Manchester City, Adam Johnson di kedudukan ketiga.

Undian secara talian yang dikendalikan laman web FA menyaksikan peminat England memilih pemain yang dianggap menyerlah sepanjang tahun lalu.

Fabio Capello menyenaraikan 44 pemain pada 2010 di mana England memenangi tujuh daripada 12 perlawanan dengan menjaringkan 21 gol.

Cole hadir dalam kesemua perlawanan tetapi penilaian untuk membawa pulang anugerah berharga itu dinilai berdasarkan prestasi dalam tiga perlawanan persahabatan menentang Mesir, Mexico dan Perancis.

Bekas penerima anugerah itu termasuk David Beckham pada 2003, Frank Lampard (2004, 2005), Owen Hargreaves (2006) dan Gerrard (2007).

Wayne Rooney yang memenangi anugerah itu pada 2008 dan 2009 gagal mengulangi kejayaan pada kali ini selepas berdepan prestasi hambar bersama England pada aksi Piala Dunia 2010.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan