Hati Saya Hanya Dengan Atletico: Torres

Diterbitkan: Sabtu, 5 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Torres (kanan) menerima jersi baru yang tertera namanya daripada pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti.
Torres (kanan) menerima jersi baru yang tertera namanya daripada pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti.

FERNANDO Torres mengakui kesetiaannya hanya kepada bekas kelab lamanya, Atletico Madrid menjelang perlawanan pertamanya menyarung jersi Chelsea menentang bekas kelabnya Liverpool Ahad ini.

Torres yang berpindah ke Stamford Bridge beberapa hari lalu berjanji tidak akan meraikan gol sekiranya dia berjaya menjaringkan gol ketika pertemuan dengan The Reds yang telah menjualnya kepada Chelsea dengan nilai 50 juta pound (RM247 juta).

Perpindahan Torres ini telah mendatangkan kemarahan penyokong-penyokongnya di Anfield dengan membakar jersi yang memaparkan namanya.

Namun Torres berkata, beraksi untuk Liverpool ataupun Chelsea hanyalah sebahagian daripada tugas profesionalnya, namun hatinya adalah dengan Atletico Madrid.

“Saya tidak pernah mencium logo di jersi Liverpool selepas menjaringkan gol. Tak pernah.Tidak. Dan tak pernah. Saya hanya melakukanya itu ketika beraksi bersama Atletico Madrid dulu, dan saya sayangkan Atletico, bekas kelab saya.

“Saya lihat sesetengah pemain melakukan tindakan itu apabila menyertai mana-mana kelab, tetapi keunikan dalam bola sepak telah hilang. Sekarang ia sudah berbeza. Manusia akan datang dan pergi. Apabila kamu menyertai kelab baru, apa yang kamu mahukan ialah ingin menunjukkan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kelab. Itu sahaja.

“Sesetengah orang suka mencium logo di jersi. Mereka boleh buat itu semua tetapi saya hanya ingin menjaringkan gol dan melakukan tugas saya serta mencapai sasaran yang diletakan oleh pasukan.

“Apabila saya dilahirkan di Madrid, saya bukanlah peminat Liverpool ataupun Chelsea. Saya hanya peminat Atletico Madrid dan akan terus begitu. Ia mungkin satu-satunya logo di jersi yang saya akan cium,” katanya.

Sementara itu, Torres memang menjangkakan akan timbul pelbagai reaksi penyokong serta pemain di Stamford Bridge, namun apa yang penting baginya ialah kapten Liverpool, Steven Gerrard telah memberi kata-kata semangat kepadanya.

“Dia (Gerrard) antara orang pertama yang menelefon saya dan memberitahu, sama ada saya kekal atau meninggalkan Liverpool, dia akan tetap menyokong saya. Mungkin dia pernah berada dalam situasi ini dan dia memahami.

“Dia adalah seorang kawan serta rakan pasukan yang baik sejak mula hingga hari terakhir saya di Liverpool. Dia hanya mahu yang terbaik untuk saya, dan bersetuju dalam apa jua keputusan yang saya buat,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan