Ferguson Mahu Neville Kekal Bersama Kelab

Diterbitkan: Sabtu, 5 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson berharap agar terus bekerjasama dengan Gary Neville (gambar) selepas dia menggantung butnya minggu lalu.

Ferguson berkata, pihaknya tidak akan membiarkan Neville pergi jauh, sebaliknya akan mencari jalan untuknya agar terus bersama United.

Pemain pertahanan yang menjangkau umur 35 ini telah bersama United sejak remaja lagi dan mengambil keputusan untuk bersara sebagai pemain bola sepak.

“Kelab akan mengambil langkah seterusnya untuk memastikan Gary terus bersama kami dan berpuas hati dengan apa yang dilaluinya itu.

“Ini kerana, apa yang dia telah sumbangkan kepada kelab adalah sangat besar ertinya. Dia adalah sebahagian daripada keluarga ini. Dia juga telah mencipta situasi kekeluargaan bermula di bilik persalinan sejak beberapa tahun lamanya.

“Kami mahukan dia terus berada di sini kerana dia dianggap sebagi lagenda pasukan ini selepas menghabiskan umurnya bersama kami,” kata Ferguson.

Sementara itu, Ferguson berkata, Neville telah mengambil kursus kejurulatihan dan telah bersedia untuk kembali ke padang dengan gelaran lain.

“Saya yakin dia sangat sesuai untuk menjadi jurulatih, lebih-lebih lagi jika melibatkan remaja kerana dia adalah contoh terbaik bagi semua golongan muda dalam sukan bola sepak,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan