Suarez Sumbat Gol Sulung Bersama Liverpool

Diterbitkan: Khamis, 3 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL: Liverpool memenangi tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut dengan menewaskan Stole City 2-0 pada awal pagi Khamis yang menyaksikan penyerang Uruguay, Luis Suarez (tengah) menjaringkan gol sulung pada penampilan pertamanya.

Raul Meireles meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-47 di Anfield. Suarez yang diturunkan pada minit ke-63, melengkapkan gol kedua 16 minit kemudian.

Ketika di bawah kendalian pengurus baru, Kenny Daglish, Liverpool menewaskan Wolverhampton Wanderers dan Fulham serta mencatat tiga kemenangan berturut-turut buat pertama kalinya musim ini.

"Suarez menjaringkan gol pertamanya. Ia begitu menakjubkan. Dia tidak akan menghadapi sebarang masalah. Dia tidak dapat berlatih bersama rakan lain kerana permit kerjanya.

Tiga perlawanan tanpa gol bolos sentiasa menjadi bonus buat pasukan dan kami akan bekerja keras serta menggunakan seberapa banyak peluang yang ada," kata Dalglish.

Anak buah Tony Pulis cuba mengurangkan defisit gol dengan Liverpool tetapi kubu pasukan tuan rumah gagal dijinakkan.

Meskipun Stoke beraksi hambar pada babak pertama, Liverpool gagal mencari gol pembukaan.

Stoke sentiasa mengekalkan taktik bertahan sehingga Suarez diturunkan dari bangku simpanan dan menyempurnakan hantaran Dirk Kuyt untuk menjaringkan gol kedua Liverpool.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan