Rooney Kembali Berbisa

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rooney meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan.
Rooney meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan.

MANCHESTER: Dua jaringan Wayne Rooney pada babak pertama membantu pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United menewaskan Aston Villa 3-1 di Old Trafford pada Selasa sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan itu.

Penyerang England itu membuka jaringan seawal minit pertama dan menggandakan jaringan pada minit ke-45 untuk melengkapkan kemenangan ke-12 daripada 13 perlawanan di gelanggang sendiri dalam kempen EPL musim ini.

Pemain baru, Darren Bent mengurangkan defisit gol Villa pada minit ke-58 tetapi Nemanja Vidic melengkapkan gol ketiga United untuk meletakkan pasukan itu didepan dengan kelebihan lima mata daripada Arsenal.

Ia adalah gol keempat Rooney musim ini dalam saingan EPL selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu.

"Gol sentiasa membantu penyerang. Dia masih belum puas untuk menjaringkan gol bersama United. Apa yang perlu anda lakukan ketika ini adalah mengekalkan momentum untuk meraih kejuaraan musim ini," kata Ferguson.

Bekas penjaga gol Amerika Syarikat, Brad Friedel yang berusia 39 tahun menjadi pemain tertua dalam sejarah Villa, mengatasi Ernie Callaghan. Ia adalah penampilan ke-253 Friedel dalam EPL.

Penjaga gol United, Edwin van der Sar berjaya menyekat percubaan pemain pertahanan Villa, Richard Dunne.

Sementara itu, pemain tengah Red Devils, Darren Fletcher diperintah keluar padang kerana mengalami kecederaan di muka dan posisinya diambil alih, Anderson tetapi pemain itu gagal memberikan sebarang impak.

Patrice Evra dan penjaring terbanyak, Dimitar Berbatov mensia-siakan beberapa peluang untuk menggandakan jaringan sebelum Rooney menjaringkan gol kedua pada minit ke-45.

Villa bangkit menerusi jaringan Bent yang menyertai kelab itu bulan ini dengan bayaran perpindahan yang dipercayai bernilai 24 juta pound (RM118 juta).

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan