Chelsea Belanja £75 Juta (RM 368 Juta) Untuk Torres dan Luiz

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Chelsea akhirnya berjaya mendapatkan khidmat pemain Liverpool, Fernando Torres dan pemain Benfica, David Luiz akhirnya dengan rekod perpindahan pemain sebanyak £75 juta (RM 368 Juta) untuk pasangan tersebut sebelum tamat tempoh perpindahan pemain pada 11 malam, semalam.

Dengan nilai perpindahan sebanyak £50 juta (RM245 juta), Torres memecahkan rekod perpindahan pemain dalam kalangan kelab-kelab Inggeris setakat ini.

Manakala Benfica membenarkan Luiz berpindah dengan rekod bayaran lebih £25 juta (RM123 juta).

Selepas menandatangani kontrak yang mengikatnya bersama Chelsea selama lima dan setengah tahun, Torres yang juga penyerang Sepanyol memberitahu pada laman web kelab barunya:

"Saya sangat gembira dapat berpindah ke Chelsea. Saya teruja untuk membantu rakan-rakan sepasukan pada musim ini dan tahun-tahun mendatang.

"Saya berharap saya dapat menjaringkan beberapa gol penting untuk para penyokong menghayatinya pada musim ini," tulisnya.

Sementara itu, Pengerusi Chelsea, Bruce Buck berkata, kejayaan mendapatkan khidmat Torres sebagai salah seorang pemain terbaik dunia amat penting untuk kelab tersebut.

Dalam pada itu, Benfica memperolehi bayaran sebanyak lebih £25 juta (RM123 juta) dan khidmat pemain tengah Chelsea, Nemanja Matic dari Serbia.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan