Perjuangan Masih Lagi Jauh: Ahmad Shabery - Bola Sepak | mStar

Perjuangan Masih Lagi Jauh: Ahmad Shabery

Diterbitkan: Jumaat, 31 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF 2010 bukanlah penghujung bagi satu perjuangan yang diusahakan selama ini.

Sebaliknya ia menjadi permulaan bagi pasukan negara melepasi satu halangan besar untuk menjadi gergasi bola sepak dalam kalangan negara asia.

"Kita ada matlamat lebih besar. Perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang dihormati dan disegani dalam sukan bola sepak masih jauh di depan," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis.

Menurut beliau, Malaysia belum cukup untuk mengatakan kita gergasi di kalangan pasukan kerdil malah perlu meningkatkan usaha untuk menyaingi negara Asia Timur, Timur Tengah dan kuasa besar bola sepak dunia.

Beliau yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno memuji semangat pemain berjuang habis-habisan meskipun dihimpit pelbagai tekanan dari segi fizikal dan mental sepanjang berada di negara jiran. "Saya bersama seluruh rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak kebangsaan kerana berjaya menjulang Piala Suzuki AFF. Ia adalah detik paling gemilang dalam sejarah negara," ujarnya.

Walaupun skuad bimbingan jurulatih K. Rajagobal itu tewas 1-2 kepada Indonesia, Malaysia dinobatkan selaku juara dengan agregat 4-2 berbekalkan kemenangan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur pada perlawanan akhir pertama, 26 Disember lalu.

Bercakap mengenai imbuhan kepada pemain, Shabery berkata, beliau akan membincangkan perkara itu sekali lagi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan