Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Tidak Sertai Sambutan Tahun Baru Esok

Diterbitkan: Jumaat, 31 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak kebangsaan yang baru dinobatkan menjadi juara Piala AFF-Suzuki 2010 tidak akan menyertai sambutan Ambang 2011 di Dataran Merdeka malam esok.

Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan Abdul Hamid Ahmad dalam satu kenyataan malam ini berkata pemain, jurulatih dan pegawai pasukan bola sepak negara diberikan pelepasan untuk bersama keluarga masing-masing bagi meraikan sambutan tahun baru.

Sebelum ini mereka dikatakan akan berada di Dataran Merdeka esok untuk sama-masa memeriahkan sambutan Ambang 2011.

Pasukan bola sepak negara berjaya menjulang Piala Suzuki-AFF berdasarkan kemenangan dengan aggregat 4-2 walaupun kalah 1-2 dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, semalam. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan