Beberapa Tonggak Utama T'Team Cedera

Diterbitkan: Khamis, 30 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan T'Team berhadapan dengan sedikit masalah dalam membuat persiapan bagi menghadapi Liga Super bulan depan apabila beberapa pemain utama mengalami kecederaan, kata jurulatih pasukan Yunus Alif.

Beliau berkata setakat ini tiga pemain utama direhatkan iaitu Indra Putra Mahyuddin, Azizi Che Rose, serta penjaga gol Syamsuri Mustafa, dan seorang lagi pemain Zairo Anuar Zelani pula mengalami kecederaan, namun dia tetap turun menjalani latihan ringan sejak beberapa hari lepas.

Menurutnya Syamsuri mengalami kecederaan di lutut, Indra Putra mengalami cedera di buku lali manakala Azizi sakit kelenjar, dan masing-masing sedang diberikan rawatan.

"Padang pula becak ketika ini, dan latihan keras mungkin menyebabkan pemain-pemain mudah cedera," katanya ketika ditemui Bernama ketika meninjau latihan pasukan itu, di sini.

Yunus berkata beliau sedang mengatur beberapa perlawanan persahabatan mulai minggu depan degan pasukan Pulau Pinang, Perlis, USM dan pasukan Liga Perdana, Maisara Pulau Pinang, untuk memantapkan pasukan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan