Muhyiddin Ucap Tahniah Kepada Pasukan Harimau Malaya

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad Harimau Malaya yang melakar sejarah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, selepas menundukkan Indonesia dengan agregat 4-2.

Beliau berkata kejayaan malam ini merupakan satu pencapaian yang lebih manis bagi pasukan bola sepak negara selepas 14 tahun menunggu untuk muncul sebagai negara keempat merebut kejuaraan itu selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

"Kejayaan ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar idamkan kemenangan. Segala usaha, penat lelah dan pengorbanan setiap pemain, jurulatih dan pegawai pasukan jelas terhasil dengan kejayaan ini.

"Tentunya pelbagai perasaan melanda setiap rakyat Malaysia - megah, terharu dan paling utama, semua merasa bersyukur kerana kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit, terutamanya para pemain dan jurulatih K.Rajagobal bagi mendapatkan kejuaraan," katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Muhyiddin berharap kemenangan itu tidak akan melekakan pemain, jurulatih dan pegawai skuad kebangsaan kerana persaingan tentu akan menjadi lebih sengit pada masa akan datang.

"Saya ingin menggesa para pemain untuk terus mengekalkan prestasi sekaligus meningkatkan kecemerlangan yang dicapai agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa.

"Saya berharap lebih banyak kejayaan akan direkodkan pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mendoakan agar mutu sukan bola sepak Malaysia kembali dihormati dan digeruni, bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di seluruh dunia," katanya.

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penyokong yang telah memberi galakan serta dorongan tidak berbelah bahagi terhadap skuad kebangsaan.

Beliau berkata aspirasi inilah yang diperlukan untuk terus membakar semangat wira bola sepak negara bagi mengecapi kemenangan berikutnya.

"Penghargaan juga ditujukan kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang telah berjaya menerajui bola sepak Malaysia dan usaha-usaha selama ini sehingga berjaya mengecapi kejayaan ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan