Mcleish Bangga Kutip Seri Dengan United

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Birmingham, Alex Mcleish mengakui pasukannya mendapat sedikit tuah apabila Lee Bowyer menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan ketika menentang Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di St. Andrew, awal pagi Rabu.

Bowyer menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90 selepas pasukan pelawat menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-58 melalui Damitar Berbatov.

“Saya rasa ia adalah hadiah di saat akhir apabila mereka memberi fokus yang baik serta mempamerkan sikap berwaspada dengan lawan. Pemain-pemain mengikut apa yang diarahkan.

“United lebih banyak memgendalikan bola berbanding kami, namun keadaan padang menyebabkan lebih berpihak kepada kami. Mereka cuba menundukkan kami selepas separuh masa kedua bermula, tetapi kami berjaya menyamakan jaringan dan ia sangat bermakna,” katanya.

Keputusan seri ini sekali gus mengelakkan pasukan Blues ini berada dalam keadaan bahaya dalam kedudukan liga dan juga turut merekaod setakat ini mereka hanya kalah satu perlawanan di tempat sendiri dalam 16 bulan terakhir.

“Kami belum selamat lagi, dan perlu menjauhkan diri daripada berada di kelompok tiga di bawah, dan ia sangat genting. Mata ini adalah bonus kepada kami,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan