Ada Pihak Cuba Lemahkan Semangat Pasukan Malaysia – Shabery

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap laporan kononnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didenda dan digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan isu pancaran laser pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 Ahad lalu, sebagai cubaan melemahkan semangat pasukan Malaysia.

"Kami telah merujuk dengan Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad dan mendapati perkara ini tidak benar sama sekali," kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini, yang membuat liputan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010.

Pertanyaan mengenai perkara itu, oleh seorang wartawan Indonesia kepada Ahmad Shabery pada sidang akhbar bersama Menteri Negara, Pemuda dan Olahraga Indonesia Andi Mallarangeng, ternyata memeranjatkan beliau.

"Saya baru saja mendengar berita ini daripada anda (wartawan Indonesia). Kalau benar ada hukuman itu, saya fikir FAM pasti sedia maklum dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya (membuat rayuan)," katanya. Pada sidang akhbar itu, beberapa wartawan Indonesia turut mengajukan soalan sama ada Malaysia membenarkan penggunaan laser itu. Kekalahan Indonesia telah menimbulkan kekecewaan di kalangan penyokongnya dan media negara itu terus menggunakan isu pancaran laser ke arah penjaga gol pasukan "Garuda" sebagai alasan.

Ketika menjawab soalan itu, Ahmad Shabery berkata Malaysia amat menyesali insiden berkenaan dan berkata pihak berkuasa telah diminta menjalankan siasatan.

"Kami sentiasa berusaha memastikan setiap perlawanan berlangsung dalam suasana aman tanpa gangguan. Namun, untuk memastikan semua penonton berada dalam keadaan yang baik, ia di luar kawalan kami.

"Kerana itu, kami sentiasa dan akan terus memperbaiki kelemahan dan kesilapan itu pada masa depan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan Malaysia juga melalui pengalaman yang sama apabila pemainnya dipancarkan laser ketika berdepan Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Gelora Bung Karno 1 Disember lepas, namun ia tidak membuat bantahan.

"Dalam laman web rasmi AFF juga ada ditayangkan video pasukan Malaysia terkena pancaran laser semasa beraksi di sini," katanya.

Sementara itu, jadual latihan skuad Malaysia dibatalkan dua kali atas sebab-sebab keselamatan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Mengikut jadual asal, Malaysia sepatutnya berlatih di Padang C Kompleks Stadium Gelora Bung Karno petang ini, namun atas sebab-sebab keselamatan, dipindahkan ke venue lain di Padang Lebak Bulus, Jakarta Selatan, yang terletak satu jam perjalanan darat.

Bagaimanapun, bas yang membawa pemain terpaksa berpatah balik ke hotel akibat kesesakan lalu lintas sehingga menyebabkan mereka hanya sempat menjalani latihan ringan di perkarangan hotel.

Malaysia yang menumpaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan beraksi di peringkat akhir kedua di sini esok.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Nugraha Besoes berkata PSSI menyediakan 1,000 tiket untuk penyokong Malaysia, namun hanya 500 yang diambil.

Beliau berkata keselamatan akan diberi keutamaan ketika perlawanan berlangsung, termasuk untuk pemain, penonton dan pegawai. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan