Taylor Komited Bersama Newcastle Sehingga 2016

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Newcastle, Steven Taylor (gambar) menamatkan tekat-teki berhubung masa depannya dengan menandatangani kontrak baru selama lima tahun setengah.

Taylor, 24, yang dilahirkan di Greenwich tetapi dibesarkan di Tyneside dimasukkan dalam senarai pemain yang bakal dipindahkan awal musim ini selepas perbincangan berhubung kontrak barunya menemui jalan buntu.

Bagaimanapun, Taylor dan pengurus baru, Alan Pardew mengesahkan beberapa hari lalu bahawa perbincangan itu hampir menjadi kenyataan dan keputusan untuk mengekalkan pemain dari akademi Newcastle itu kekal di St James' Park sehingga musim panas 2016.

"Saya amat berbangga untuk mempersetujui syarat-syarat dengan kelab berhubung kontrak baru. Saya menyertai kelab ini ketika masih kecil dan berasa yakin mampu memenuhi cita-cita Newcastle.

"Terima kasih diucapkan kepada peminat yang tidak jemu memberikan sokong sepanjang perbincangan berhubung kontrak baru. Saya akan membalas jasa anda semua dengan menjanjikan persembahan terbaik bersama jersi hitam putih," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan