Skuad Negara Perlu Kekal Rentak Serangan Esok: Raja Ahmad Zainuddin

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pasukan bola sepak negara yang menewaskan pasukan negara jiran Indonesia 3-0 Ahad lepas perlu mengekalkan rentak menyerang dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010, yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta esok.

Anggota Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata skuad 'Harimau Malaya' bakal berhadapan serangan bertali arus skuad 'Garuda' dalam perlawanan yang dijangka sengit.

"Saya percaya skuad negara mempunyai harapan besar memastikan misi berjaya tetapi harus mengekalkan prestasi sepanjang 90 minit perlawanan. Perlawanan yang dimenangi di tempat sendiri sebelum ini berbeza dengan tempat lawan. Semua pemain harus sedar permainan di tempat lawan adalah berbeza dan mereka harus memastikan kesihatan mental dan fizikal berada di tahap terbaik," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Raja Ahmad, yang juga bekas Naib Presiden FAM, berkata skuad negara tidak seharusnya berasa selesa dengan kelebihan tiga gol yang diraih menerusi perlawanan akhir pertama Ahad lepas.

"Jangan letakkan pasukan dalam keadaan selesa kerana kita pernah ditewaskan 1-5 sebelum ini... terlalu banyak implikasi akan timbul ketika bermain di tempat lawan," katanya.

Raja Ahmad berkata seluruh rakyat Malaysia menunggu kehadiran piala itu dengan penuh harapan dan jika memenanginya maka ia pertama kali dibawa ke Malaysia selaku juara.

"Ini merupakan kali kedua pasukan negara layak ke perlawanan akhir. Saya menyeru warganegara Malaysia yang tinggal di sekitar Jakarta dan Bandung untuk turun memberi sokongan kepada pasukan negara esok," katanya.

Semangat kesukanan yang ditunjukkan rakyat Indonesia semasa perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil wajar dicontohi masyarakat Malaysia di sana, katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan