Sinaran Laser Lemah Tidak Jejaskan Pandangan Mata: Pakar Optometris

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang Dr Zahimi Chik berkata sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti "laser pointer" yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Dr Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.

Beliau berkata sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna.

"Jika anda ingin memiliki sinaran laser yang kuat, ia menelan belanja jutaan ringgit untuk dimiliki.

"Mustahil untuk para penonton bola sepak membawa masuk alat pemancar laser yang boleh menjejaskan pandangan mata ke dalam stadium," katanya.

Menurut Dr Zahimi, sinaran laser itu mungkin mengakibatkan kesan penglihatan sementara jika disasarkan secara tetap selama beberapa minit di hadapan mata seseorang.

"Ketika perlawanan Malaysia dan Indonesia semalam, agak sukar untuk mensasarkan mata pemain dalam perlawanan kerana mereka sentiasa bergerak pantas sepanjang perlawanan," katanya.

Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan itu sekaligus membawa bekalan selesa sebelum bertandang untuk perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia Rabu depan.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan