Laser Bukan Faktor Kemenangan : Azzudin

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Malaysia memenangi perlawanan menentang Indonesia berdasarkan merit dan bukannya gangguan pancaran laser daripada penyokong, kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzudin Ahmad.

Azzuddin berkata, pasukan negara mula menjaringkan tiga gol selepas penyokong diberi peringatan bahawa sekiranya pancaran laser terus digunakan, perlawanan akan digantung.

"Tiada gangguan lagi selepas mereka diberi peringatan. Dan selepas itu baru skuad negara menjaringkan gol," katanya.

Pada perlawanan yang berlangusng di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lalu, pemain-pemain Indonesia terutamanaya penjaga gol, Marcus Harison Rihihina memprotes diganggu pancaran laser sehingga memaksa pengadil dari Jepun, Toma Masaaki menghentikan permainan selama lima minit selepas lapan minit babak kedua dimulakan.

"Kita mempunyai beberapa 'kambing hitam' tetapi tidak semua orang itu jahat.

"Dengan jumlah penyokong serami 85,000 sukar bagi pihak kita untuk memeriksanya kesemuanya kerana saiz laser itu lebih kurang sama dengan sebatang rokok," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membincangkan lebih jelas mengenai sistem pemeriksaan lebih ketat yang akan digunakan bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku selepas tamat perlawanan Piala Suzuki AFF Januari ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan