Chelsea Perlu Bangkit: Ancelotti

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti menegaskan kepada pemain-pemainnya agar bangkit selepas menyaksikan pasukan itu tewas 1-3 kepada Arsenal pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Selasa di Stadium Emirates.

Tiga jaringan The Gunners dilakukan oleh Alex Yong (m-44), Cesc Fabregas (m-51) dan Theo Walcott (m-53) menyaksikan The Blues kini berada di tangga keempat, ketinggalan enam mata daripada pendahulu liga, Manchester United.

Manakala gol tunggal Chelsea dijaringkan oleh Branislav Ivanovic pada minit ke-57, namun sudah terlambat untuk mengejar kelebihan gol yang dimiliki pasukan tuan rumah.

“Perbezaan adalah kualiti. Arsenal meletakkan lebih kualiti di atas padang dan bermain lebih baik daripada kami.

“Kami tidak mempamerkan aksi terbaik dan kini berada dalam keadaan sukar. Kami perlu mencuba untuk menang pada pertemuan dengan Bolton selepas ini.

“Kami perlu meneruskan perjuangan ini. Berbanding dua minggu lalu, prestasi hari ini tidak sebaik itu dan kami akan cuba bangkit, lebih-lebih lagi apabila melihat kedudukan pasukan yang tidak selesa. Kami perlu bangun kerana sekarang ini kami sedang bermimpi,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai masa depannya di Chelsea, Ancelotti mendakwa dia tidak perlu risau apa-apa.

“Jika kamu tanya saya, pastinya jawapan saya tidak risau. Soalan ini perlu ditanya kepada pemilik pasukan, Roman Abramovich," katanya.

Selain itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya keputusan ini bukan sahaja membawa kepada tiga mata penuh, tetapi ia sangat bermakna kerana lebih penting mengalahkan musuhnya itu, yang juga juara bertahan.

“Kemenangan ini dikira kejayaan berganda. Pertama sekali kami berjaya merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, keduanya ia adalah perang psikologi kerana berjaya memenangi perlawanan besar.

“Kami sedar ia sesuatu yang penting apabila menang di tempat sendiri. Kami lebih perlu lebih matang dan berdisiplin. Setakat ini fokus pasukan ini sangat baik. Kami hampir sempurna, dan akan menghadapi langkah demi langkah. Kami berharap kekuatan ini akan berkekalan untuk menghadapi cabaran yang akan datang,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan