Malaysia Menang Bukan Bantuan Pancaran Laser

Diterbitkan: Isnin, 27 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ribuan penyokong Malaysia yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan akhir pusingan pertama menentang Indonesia, Ahad. Foto: AZMAN GHANI / The Star
Ribuan penyokong Malaysia yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan akhir pusingan pertama menentang Indonesia, Ahad. Foto: AZMAN GHANI / The Star

KUALA LUMPUR: Kemenangan 3-0 skuad bola sepak negara ke atas Indonesia pada saingan akhir Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pusingan pertama membuktikan fenomena baru sukan bola sepak Malaysia telah bermula.

Biarpun dikeji ketika kekalahan besar 1-5 pada saingan peringkat kumpulan sebelum ini, skuad kendalian K.Rajagobal ini bangkit mengatur langkah satu persatu sehingga mara ke perlawanan akhir.

Memang tidak dinafikan saingan bertemu pasukan Garuda ini bukan mudah, namun dengan keazaman dan tidak takut kepada pihak lawan mereka telah menjulang kemenangan ini yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Aksi garang skuad Harimau Malaya ini harus dipuji walaupun menerima asakan daripada pihak lawan dan pastinya sikap tenang setiap pemain dalam menghadapi situasi ini berbaloi.

Dalam kemeriahan meraikan kejayaan ini, timbul isu yang tidak sedap didengar mengenai beberapa protes daripada peminat-peminat bola sepak Indonesia yang mendakwa bantuan laser yang digunakan penonton-penonton Malaysia antara faktor pasukan Malaysia mendapatkan gol.

Pada hakikatya, memang ada pantulan laser yang digunakan pada perlawanan ini, tetapi perlu diingat bahawa kesemua gol yang dijaringkan oleh pemain-pemain negara bukanlah sepakan penalti atau sepakan percuma, tetapi ia adalah hasil jaringan daripada gerakan menarik yang dilakukan oleh Mohd Safee Mohd Sali (m-59,71) dan Mohamad Ashari Samsudin (m-67) yang menggantikan Mohd AmirulHadi Zainal.

Pun begitu keadaan sedikit tegang sehingga memaksa perlawanan dihentikan lebih kurang lima minit selepas lapan minit babak kedua dimulakan gara-gara penjaga gol Indonesia, Marcus Harison Rihihinan memprotes terkena pancaran laser, malah semua pemain Indonesia seakan tidak berpuas hati dengan keadaan itu dan memaksa pengadil dari Jepun, Toma Masaaki menghentikan perlawanan seketika.

Pasukan negara telah membuktikan bahawa jaringan yang dilakukan itu bukanlah disebabkan sepakan penalti, tetapi disebabkan percaturan bijak dengan gandingan Safee, Norshahrul Idlan serta Kunanlan di bahagian serangan. Malah benteng pertahanan negara juga kukuh dalam menepis serangan pasukan Garuda itu.

Bekalan tiga gol sebelum bertandang ke Jakarta bagi menghadapi pusingan kedua ini sedikit memberi kelegaan bukan sahaja kepada semua pemain, tetapi kepada semua 75,000 penonton Malaysia yang membanjiri stadium Ahad lalu. Kerana mereka jugalah telah menjadikan suasana stadium dipenuhi dengan warna hitam kuning, warna rasmi jersi pasukan Harimau Malaya ini sekali gus memberi semangat berganda kepada barisan pemain negara bagi mempamerkan aksi yang terbaik.

Permainan agresif yang dipamerkan itu sedikit sebanyak mendatangkan gerun kepada skuad bimbingan Alfed Riedl yang pastinya tidak menjangkakan aksi seperti ini dan jauh berbeza ketika perlawanan sebelum ini.

Perasaan terlalu yakin boleh ‘makan’ pasukan Malaysia akhirnya memakan diri sendiri dan dalam masa sama pasukan Indonesia ini boleh digelarkan ‘jaguh kampung’ kerana ini kali pertama mereka beraksi di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Sementara itu, Rajagobal memuji aksi pemain-pemainnya yang tidak gentar bertemu lawan yang pernah mengalahkan mereka.

“Mereka semua telah membuktikan bahawa Malaysia mampu bermain dengan baik, malah telah menunjukkan aksi agresif, tidak takut dalam mencari gol. Inilah kunci kemenangan mereka. Tetapi kami masih sedar, perlawanan belum lagi tamat dan masih ada lagi 90 minit perlawanan.

“Saya akan menyusun kembali perancangan bagi menghadapi perlawanan timbal balik Rabu ini di Jakarta dan formasi apa yang sesuai digunakan nanti,” katanya kepada media selepas perlawanan, Ahad.

Selain itu Rajagobal turut berkata, pancaran laser yang digunakan ketika perlawanan sedang berjalan bukanlah alasan pasukan Malaysia menang.

“Kita tidak boleh cakap laser itu datang daripada penyokong Malaysia atau Indonesia kerana kita tidak tahu siapa yang melakukannya. Tetapi inilah bola sepak, kita kena main secara bersih sama ada menang atau kalah. Sebelum ini ketika pasukan Malaysia kalah, kita menerima dengan hati terbuka dan sedar kesalahan yang dilakukan ketika bermain,” katanya.

Harapan untuk melihat trofi kejuaraan pertama kali dibawa ke Malaysia bakal terlaksana dua hari lagi sekiranya barisan pemain negara mengekalkan rentak konsisten seperti mana yang ditunjukkan pada saingan pertama ini.

Peluang sudah terbuka luas, dan mereka hanya perlu menamatkan sisa-sisa perlawanan sebelum dinobatkan sabagai juara.

Apa yang penting mereka perlu bijak menghadapi tekanan, fokus, tenang serta bekerjasa antara faktor utama yang perlu dipegang ketika perlawanan nanti. Kemungkinan besar pemain-pemain negara bakal dihidangkan dengan tekanan daripada penyokong-penyokong Indonesia yang pastinya ingin melihat kemenangan berpihak kepada mereka.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan