Kejayaan Skuad Bola Sepak Kebangsaan Banggakan Negara:PM

Diterbitkan: Isnin, 27 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia menumpaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini membuktikan mutu permainan skuad bola sepak negara semakin meningkat, dan kejayaan itu amat membanggakan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya amat gembira dengan kemenangan itu. Pasukan negara menunjukkan persembahan baik malam ini, dan seluruh negara amat berbangga dengan pasukan kita," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini.

Perdana Menteri bagaimanapun mengingatkan pasukan negara supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan malam ini kerana mereka masih mempunyai satu lagi tugas penting di perlawanan timbal balik akhir di Jakarta Rabu ini.

"Mereka perlu menampilkan satu lagi persembahan mantap di Indonesia," katanya.

Gol-gol Malaysia yang dijaringkan oleh Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-59 serta 71, dan Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-67, membolehkan Malaysia membawa bekalan selesa untuk bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada perlawanan akhir kedua Rabu ini.

Seramai 85,000 penonton membanjiri Stadium Nasional di Bukit Jalil malam ini, bukti jelas penyokong tempatan kini kembali memberi sokongan padu kepada kebangkitan skuad kebangsaan.

Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan perlawanan malam ini secara langsung di Saluran 1, bermula pukul 8 malam.

Sokongan dan minat Perdana Menteri kepada bola sepak negara terutama dalam saingan Piala AFF-Suzuki terserlah apabila beliau sanggup duduk bersama penonton di atas jalanraya di kawasan Bukit Bintang, untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Vietnam, melalui skrin besar di kawasan itu pada 19 Disember lepas.

Malaysia menewaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mengikat lawan tanpa sebarang jaringan pada perlawanan di Stadium My Dinh di Hanoi untuk melangkah ke perlawanan akhir.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan