Musim Terakhir Van der Sar Bersama United

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan penjaga gol, Edwin van der Sar (gambar) akan menggantung but pada hujung musim ini.

Pemain kebangsaan Belanda yang meraikan hari lahir ke-40 awal tahun ini mempamerkan persembahan pada tahap terbaik meskipun melakukan kesilapan ketika bertemu West Brom pada Oktober.

Walaupun Van der Sar masih berteka-teki mengenai persaraannya, Ferguson yakin musim ini akan menjadi penampilan terakhir beliau.

"Kami sudah merancang bahawa musim ini menjadi penampilan terakhirnya," kata Ferguson.

Van der Sar merupakan penjaga gol berpengalaman dalam setiap perlawanan dan pernah memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan Piala UEFA bersama Ajax sebelum meraih gelaran juara Eropah bersama United pada 2008.

Dia turut menerima beberapa tawaran untuk menjadi jurulatih sebaik saja dia bersara dan perkara itu dipersetujui oleh Ferguson.

Awal musim ini, Van der Sar menafikan dia membuat keputusan untuk bersara selepas jurulatih penjaga gol United, Eric Steele memberitahu musim ini merupakan kempen terakhirnya bersama Red Devils.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan