Benitez Tinggalkan Inter Milan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KARIER Rafael Benitez (gambar) selaku pengurus Inter Milan hanya sempat bertahan selama enam bulan saja selepas beliau mempertikaikan kuasa pemilik kelab itu, Massimo Moratti.

"Inter dan Rafael Benitez mengumumkan bahawa kedua-duanya berpuas hati dan mencapai keputusan bersama berhubung baki kontraknya," menurut kenyataan dari kelab Serie A itu selepas perbincangan bersama.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu dilantik pada Jun selepas Jose Mourinho meninggalkan Inter Milan untuk menyertai Real Madrid.

Inter kini tergelincir ke tangga ketujuh Serie A dan berdepan prestasi tidak menentu meskipun melangkah ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam temu ramah pasca perlawanan selepas Piala Kelab Dunia, Benitez mengancam untuk berbincang mengenai masa depannya dengan ejen beliau jika perjanjian tidak ditandatangani berhubung pembelian baru pada Januari.

Benitez mengkritik Moratti yang berjanji untuk mendapatkan pemain baru tetapi gagal berbuat demikian. Sebaliknya, Inter hanya membawa masuk lima pemain baru musim lalu ketika masih dibawah pimpinan Mourinho.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diterima sepanjang saya berkhidmat bersama Inter," kata Benitez yang masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun dalam satu kenyataan.

Bekas pengurus Liverpool itu mengetahui tanggungjawabnya bersama kelab bola sepak Itali jauh berbeza berbanding bola sepak Inggeris di mana kelab bertanggungjawab sepenuhnya membawa masuk muka baru.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan